.KliksKliksKliks.

Monday, August 17, 2015

London Calling!! (LONDON DAY 1)

Assalamualaikum Blogger,

Lama sgt2 x update blog ni, ingatkan dah x igt password,eh igt lagi laa pulak. Sbnrnye malas dh rasanya nk update blog, tapi di sebabkan ade pulak permintaan dari rakan-rakan yang selalu tgk aku travel. Setelah hampir 3 tahun dx menulis blog , aku travel quit a lot. Phuket,Krabi,Sabah,Hong Kong and paling latest Vietnam. Sebelum Vietnam, aku berjaya kumpul duit mcm nak mampus untuk merialisasikan impian ke kota London dan sekitar Eropah! Ok disebabkan pengalaman mencari trip percutian ke Kota Eropah bukanlah mudah, aku rasa rugi pulak kalau aku x share ilmu bersama, so  untuk itu kali ini aku setuju menulis balik utk share some tips on my travel trip kali ini.

Untuk London aku stay utk 4 hari, bermula dari 1st April 2015 smpai 4th April 2015. OK jum tgk mane aku g sekitar London.

Lets GO!! 


KLIA
 Khayla is ready to fly
Haa korang yg follow blog aku x follow fb aku mesti trkujat, dari zaman aku anak dara fb ni, tibe2 aku dh ade anak. Amik kau,sorang dh anak aku..muahaha.

Kite orang fly on 1st April,2.20am (Malaysian time) 


ABU DHABI
Smpai abu Dhabi around 8.05am (waktu Abu Dhabi)



Nak berjalan nk tukar aeroplane dari satu terminal ke satu terminal punyalah jauh. Kalau agak2 transit ko satu jam je,ko tak yah lah jalan lenggang kangkung Senah. Mmg selamat laa ko kene tinggal dgn ketebang nnti.

Ko nmpk tu,dgn nk lalu kastam lagi, dah laa beratur mcm ular kene palu, suh ko bukak tali pinggang,baju (jaket), kasut sume nak kene bukak, ko hadooo kaki ayam dalam airport cm ni?? Pak arab kastam die pakai jubah tau,hensem2, x sia2 aku bukak kasut aku tunjuk kaki aku yang berkerak tu,wakakaka.

OK dh lepas2 kastam arab yang garang lagi kacak tu,Khayla is ready to flying off again! 


Bukti khayla tido mati dalam 16jam flight, bagus ko nak, ko mmg baik x menyusahkan mak ko,bolehlah mak ko mencekik dlm flight Etihad yang makanan die sedap tu. Ok untuk yang nk travel dengan anak kecil aku nasihatkan untuk memilih flight timing die tido. Cth flight aku dr KL take off kul 2.20pagi, tu kan time tido anak ko. Kompem2 sblm take off tu die dah pengsan smpailah Abu Dhabi.

Sebelum take off pulak,kalau anak korang x tido,sila siap2kan susu bagi die minum time kapal terbang nk berlepas, untuk mengurangkan preassure dalam telinga die. Kalau korang masih lagi paranoid takut dengan tahap kebisingan telinga anak korang, ko sumbat laa ear plug dalam telinga die. 

Masa aku bwk anak aku ni die baru 1 tahun 2 bln, so as a first time travel with baby,aku dh siapkan beberapa barang yang mesti ko bawak dari Malaysia especially ko nk fly jauh2 g negara orang smpai 3 ke 4 minggu kan? So ni aku senaraikan sikit keperluan barang baby sepanjang 14 hari di Europe.

TRAVEL LIST FOR BABIES:
1)Pampers (satu hari 3keping x 15days) 
- mcm anak aku x kuat minum susu,so aku estimate 3 keping je satu hari

2)Susu (1tin utk seminggu) = 3 Tin utk 3 minggu

3) Ubat-ubatan (PENTING!) 
Korang jangan sekali sekali abaikan bab ubat ni,pada aku anak kita x biasa ddk negara sejuk, so chances anak utk kene demam dan selsema tu sangatlah tinggi. So sblm fly aku akan sediakan ubat demam,batuk,selsema and ubat kembung perut utk Khayla. 

4) Makanan 
TIme tu anak aku dh start makan, so aku sgt lah risau makanan susah nak dpt kat sana, especially nasi. Aku bawak makanan baby, mcm cereal,neslac,biskut2 and bubur instant, mane laa tau susah nau nk dptkan nasikan, ko bedal laa bubur instant,idok laa anak ko kebulur. Biskut pun penting bagi aku sbb anak aku mmg jenis suke mengumam, so biskut aku bawak yg mmg dh siap pack kecik2. 

5)Baju Sejuk
Punyalah susah nk carik baju sejuk saiz anak aku,so 6bln sebelum aku mmg dh siap2 kumpul belikan baju sejuk anak aku. Bukan setakat baju sejuk je, yang paling penting skali ialah heatwear. Anda pernah dengan ape itu heatwear?? Haaa mcm ni rupe die


Ade jual kt Uniqlo,depa panggil Heat Tech. Selamatkan pergi overseas zaman sponet mcm ni, senang laa aku nk beli heat wear ke heat ape ke. Tp saiz kecil macam anak aku punya lah payah nak carik. Smpai ke Uniqlo Sogo aku g menerjah, selamat laa dapat 3 ke 4 lai.

Kalau ade heat tech ni, korang x de laa nk pakai tebal2 mcm orang zaman purba dulu, so ko pun nampak laa slim dlm gambarkan dan yang paling penting anak ko pun x laa melalak2 kesejukan. 

LONDON DAY 1
Yeayersss dah smpai London. Yehooooo!!! Batak laa katekan aku first time smpai. 


So smpai2 je nampak Volkswagen tau smbut aku.Muahaha.Ko jgn nk belagak sangat,dh lah almost kene tinggal dengan driver ni,sbb nk lepas kastam je takes about 2hours dgn flight dari Abu Dhabi dah delay 1jam, x 3 jam drebar tu tunggu ko?? Haaa bagus perkhidmatan airport transfer die ni,aku memang recommend. 

Bila travelling with babies dan orang tua ni kite kene fikirkan keselamatan,keselesaaan dan pelbagai ke ke lagi lah. So ko jgn nk konon2 traveller backpack sgt, boleh naik train bagai. Bukannye x boleh naik train, tapi aku tgk harga train lagi mahal nok. One way jek dh makan 30pound almost rm130, baik aku order drebar. Baru berapa hengget je.

Ok ni link Airport Pick up yang aku buat booking haritu:

Tah macam mane aku ley jumpe pun x tau laa, hasil aku google2 aku jumpe laa pick up ni. Ape yang bagusnya pick up ni ko tak yah bayar awal2. Ko boley bayar time die nk turunkan ko dari kereta. Dah laa x mahal, total untuk 6 adult + 1 infant baru £69. It cost you about RM386 for 8 adult. Sebijak kancil x anak2?? Bijakkan??. Mmg banyak service airport pick up and transfer kt sana,so pilihlah dengan bijak ok.

HOTEL

HILTON LONDON METROPOLE, EDGEWARE ROAD






Makan dalam x korang tgk hotel akak ni diknon?? Pintu masuk die canggih ko. X de kt mesia ni dik. Ko salah masuk mau ko berpusing dlm pintu tu.




Ko tgk,view bilik akak. Menangis-nangis org2 kampung akak dik. Ko brekafast nasi putih lauk ikan bilis goreng belada tgk view ni, mane nk dapat kt msia diknon oiii??

Untuk pengetahuan korang bilik ni,telah di booking oleh akak ipar acik melalui booking.com sahaja. Ko kalau x reti sangat travel korang google lah, jangan lah malas. Tgk hasil google kami, baru hari pertama, dh macam2 info and hotel best kami dapat. Tq to my kakak ipar yang mata setajam helang, aku punx nampak hilton ni murah. Quardaple Room (room for 4 person) = RM1200.00 per nite.

Jadi for first day kami x g mana2, just jalan2 sekitar edgeware road, beli octopus card and carik makanan halal. Mmg melambak-lambak laa makanan halal sekitarkan edgeware road ni. Patut laa bila baca riview blogger mmg byk makanan halal sekitar sini. So tips booking hotel ialah, korang cariklah lokasi hotel korang yang berdekatan dengan makanan halal.



Untuk pengetahuan korang, edgeware road ni berdekatan sangat dengan Marble Arch and Oxford Street. Kul 8 pagi aku dh g terjah Primark hookeh! Marble arch ni mcm centrelah, kalau korang nk ke mana2, amik bus semua kt situ.

Hari pertama jek dah  mcm2 aku mencarut, so see you tomorrow for my second entry. Adios.

2 comments:

ZM said...

welcome back to dunia blogging...Bagus kau sharekan pengalaman kau...Once again, selamat berblogging...Cepat2 lah sambung cerita...^__^

zalykha mohd said...

yeayyyyy ade sorang follower tegar..kekeke