.KliksKliksKliks.

Tuesday, August 25, 2015

Bagaimana untuk Membeli Ticket Euro Star / Euro Rail (London - Paris)

Hi adik2, seperti yang akak janjikan, akak nk update pasal macam mane uolls semua boleh beli ticket Euro Train tanpa menggunakan travel agent.

Ok untuk first timer yang nk beli ticket Euro Rail. Sebelum tu biar akak intro sket Euro Rail ni ape. Korang jgn konpius eh Euro Train and Euro Rail,berbeza, tapi boleh di beli dlm website yang sama. 


Ok first of all, korang kene g website EURORAIL, dari website sini korang boleh beli ticket for the whole europe,ko ckp je laa ko nk g melancong ke mana di sekitar eropahlah maksud aku, jgn ko ckp nk g Papua New Guinea lak, mmg mintak mkn keyboard. 


OK then, korang pilih nak naik train ape, sebab setiap negara yang ko nak pergi, x semua train ade laluannya. Kalau utk London ke Paris biasanya train yang menawarkan laluan pergi balik adalah Eurostar,TGV,Thalys and Lyria. Tapi kebiasaannya banyak org naik EURO STAR & THALYS. 

Website: 


ATAUPUN 

korang boleh beli all together ticket dlm website EURO RAIL sperti gmbr di bawah: 


Ok nampak x cth gmbr di atas, kakak dari London nak bergerak ke Paris menggunakan Euro Star,so kakak pun masukkanlah destinasi dari mana ke mana dan yang paling PENTING, iaitu tarikh perjalanan. 

TIPS: 
Sila beli ticket seawal mungkin, cth macam kakak, nk travel April tahun hadapan, September bile Euro Train bukak je travel period tu terus kakak beli. Sebab ape?  Sebab ko nak dapat harga murah dik, kalau x menangis. Harga Euro Rail boleh mencecah RM1000++ utk seorg kalau ko beli last minit. So igt, belilah SEAWAL MUNGKIN.


Ok nampak x seperti gambar diatas harga yang di tawarkan berapa. Dari serendah Euro 55 smpailah Euro148.50. Kalau ko rasa nk selesa ko kaya ko g lah naik yg first class tu. Tp stakat train je kan. Amik harga yang paling murah, lebih penjimatan berganda. Harga kt atas ni meruapakan harga 6 bln sebelum booking. So 6 bulan sebelum korang dh boleh start beli ticket Euro Rail. 


Ok gambar kt atas ni merupakan contoh setelah anda berjaya buat bayaran atau pembelian. Ok time ko nak buat bayaran tu korang masukkan semua detail, sama mcm proses booking flight. Pembayaran hanya melalui Credit Card sahaja ok, debit card Msia x boleh diknon. Debit Card hanya boleh digunakan kalau website tu website world wide, cth seperti booking.com, agoda.com dan sewaktu dgn nya. So kpd sesiapa yang  x ada credit card, dinasihakan utk carik salah seolah rakan travel anda yang ade credit card utk memudahkan proses pembayaran.

Once proses pembayaran dah berjaya, Euro Star akan hantar e-mail direct to email ko atau owner credit card. So dh hantar email tu jgn lupe pulak ko nk print E-TICKET ko. Kang x dapat naik train nnti.

Utk email E-TICKET anda, sile tekan perkataan Download & Print sperti tertera di kotak kaler biru di atas. 


Kemudian,masukkan booking reference anda, iaitu no booking dan Last Name anda. Then, plinggggg keluarlah E-Ticket ko tu seperti gmbr di bawah yang tertera nama ko. kalau ko buat booking utk 6 org, setiap satu laa ko kene buat proses yang sama. Die x ade ticket grouping. Semua ticket persendirian. So time check in setiap org kene pegang E-Ticket sendiri. Jadi nasihat aku jgn lupe print ok,kalau x bye2 x ley g Paris,Paris nye kastam strict tau! 


Tadaaaa..berjaya x anak2?? Kalau x berjaya ko boleh je email org Euro Rail tu, dieorg very helpfull. Semoga entry kakak kali ni sgt2 bermanfaat kepada anda sekalian.

Esk hakak nk hapdate entry Paris Day 1 pulokk.. dadaaaaa!!!

No comments: